
Persatuan Kwai Kooh Song Tampin telah dianugerahkan Sijil Tadbir Urus Cemerlang Tahun 2026 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Sembilan, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen tinggi persatuan dalam mengamalkan tadbir urus yang berintegriti, telus serta patuh kepada Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
Sijil disampaikan oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri sempena Program Sinergi Strategik Pertubuhan Negeri Sembilan Bersama YB Timbalan Menteri Dalam Negeri Tahun 2026, pada 30 Julai 2026 (Khamis), 9.00 pagi di Dewan Perdana KRS, Sikamat.
Persatuan diwakili oleh Presiden, Encik Leong Ah Keong, dan Bendahari, Encik Tan Kok Wei. Presiden telah menerima sijil tersebut bagi pihak persatuan.



